telah lama pulang masih juga ada perjalanan diri seperti debu yang menjadikan alam akrab kepada kebenaran azali kerana bukan titik yang diikuti sunyi bahkan bungkam mengendarai perahu batin, tak juga syurga jika ditemui hanya sebuah janji yang diam, bagai badai pada cahaya musim galau. akan benar mengendarai perahu batin lautan hijrah bukan juga berakhir ketika berlabuh di pantai uji, pulang tidak menyedarkan betapa saujana makna jelita sayap burung-burung menyibak pintu nestapa, masih berjalan dalam sirna mengakrabi wajahNya.