16 Mei 2008

Waktu

waktu memelihara menjerit di danau kesepian ketika jadi membezakan dari kekosongan yang akhirnya meriwayatkan hayat dengan silu mimpi yang terpaku di dinding, di atas kertas waras sempat ditulis tangis yang mengalir ke hilir masa

waktu menyudahkan wangi yang datang setiap langkah yang terhenti memandang keberangkatan yang berbeza dalam makna sendu yang pilu dalam enggan yang terpaksa dalam jadi yang dibangunkan pada jam selepas malam mengejutkan kehadiran makna masa silam

waktu melepaskan segalanya melupakan air mata atau tawa paling ria mendekap ungkap yang harus lengkap disempurnakan pengalaman dalam santun atau api yang menepi mimpi-mimpi yang menyepi pilihan menenggelamkan hakiki membenamkan insani

waktu membenarkan pengertian lakaran yang kian hampir mendatang menjadi siapa lagi dalam ketaksamaan yang sama seperti semalam dengan warna wajah yang akhirnya berjalan lagi mengulangi lagi perbualan, menunjangi pengertian dalam lingkar akar peri diri.