16 Mei 2008

Kausar Mahabah

abadilah kausar mahabbah dalam halkum lahad rahsiaNya tatkala telah tercipta lurah arah segala anugerah bersemadi damai, tanpa kelihatan tanda atau kedengaran degup di mana-mana cahaya telah menyembunyikan wujudnya dalam Wujud kerana sumber azali telah memaktubkan setiap peristiwa. hanya gumam tenggelam dalam rahsia yang selamanya tidak terbongkar diharumi cahaya damai saat di mana-mana jua tiada lagi apa-apa selain fana dan menerima anugerahNya tanpa berpaling.