mencari terang yang datang terang lagi cahaya yang menyelinap Cahaya rupanya yang kutemui hanyalah wujudmu yang berbunyi wangi rindu lalu kukirimkan segala asrar mawadah merenjis segala zahar fasih di relung malam mencari kata yang hilang bersembunyi dalam senyap rupanya yang kutemui hanyalah bunyi degup santun bahasamu lalu kupulangkan segala mawar katamu kerana ia milik yang satu.