14 Mei 2008

Bangga Seorang Dalam

apakah kau percaya semua rahsia dikongsi tanpa sedikitpun ditinggalkan? bangga menjadi orang dalam, katamu, tahu setiap urat dinding, siling dan juga lantai tempat berpijak jejak-jejak perjuangan jemaah. kau bercerita tentang zuhud, riadah dan taksub dalam pemahaman biasa menterjemah rasa setia kepada ketua sambil nilai agama menjadi mekanisme, menghalakan pilihan pada fikiran yang dikendara muslihat tersembunyi. katamu, di hadapan terbentang lurus kebenaran yang disucikan kepercayaan biarpun fitnah membida.
saat kau pulang jangan khabarkan lagi pembohongan yang dibenarkan itu. keyakinan bukan kamar yang dihuni kerana kamar hanyalah dunia sementara yang berubah tapi keyakinan hidup selagi benar menjadi jalan lurus dan kau temui kemenangannya.