16 Mei 2008

Mungkinkah Kerana Kesilapan

menjelajahi liku akar rahsia rasa baru ditemui rindu bersembunyi di balik tabir fikir dalam lamunan rindu itu menyusur galur bahasa yang terlalu rahsia memperibadi mimpi bukan saja keliru ketika mengungkapkan perulangan malam dan siang ada pada diri rupanya diadun kesilapan yang rahsia maka hanya pulang saja memberi tanda waspada dan muhasabah impian meski tak bernoktah mempelajari kebenaran lebih insan lebih insaf sebelum meneruskan hala ke akar rahsia negeri jauh itu, mungkinkah kerana kesilapan meriwayatkan pedoman hari hari menjelang kedewasaan?