aku harap tiada henti yang bermula
tiada riuh yang bungkam
tiada bunyi yang diam
tiada damai yang dendam
tiada tenang yang suram
tiada selesa yang gumam
tiada suka yang muram
tiada mimpi yang lena
tiada tawa yang tangis
tiada jawab yang tanya
tiada hampa yang budi
tiada bicara yang bisu
tiada pandang yang buta
tiada gopoh yang sabar
aku harap tiada mula yang berhenti.